Text
CARA HIDUP ISLAM
Ciri utama dari Din Al-Islam ialah ia tidak membenarkan sesuatu
pertentangan, juga pemisahan yang ketara antara kehidupan kerohanian dan
kehidupan dunia. Islam tidak sekadar membataskan dirinya untuk membina
ketinggian kerohanian dan akhlaq semata-mata. Ruang lingkup peraturan
yang dikemukakannya mencakupi segenap bidang kehidupan insan. la
hendak melahirkan bukan sahaja ketertiban hidup diri perseorangan malah
ketertiban hidup masyarakat manusia seluruhnya ke dalam pola-pola yang
sihat dan bersih sehingga Kerajaan Allah dibangunkan dalam bentuk
kenyataan di atas muka ini. Dengan demikian keamanan, kebahagiaan dan
kemakmuran akan memenuhi segenap pelusuk muka bumi dan saujana
samudera.
Tidak tersedia versi lain